Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kebebasan media lebih baik sekarang? Mengarut, kata bekas wartawan

 | August 22, 2017

Wartawan veteran berkata kebebasan media kini lebih buruk berbanding zaman Dr Mahathir Mohamad.

zam-zahid-media

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi salah apabila mendakwa kebebasan media kini lebih baik berbanding zaman pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata 2 wartawan veteran.

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia, Zainuddin Maidin berkata ketika beliau mengendalikan syarikat akhbar itu, Dr Mahathir meluangkan masa sekurang-kurangya sekali dalam sebulan untuk bertemu pengamal media.

Mesyuarat itu sering membincangkan isu negara, di mana pandangan wartawan didengar dan dihormati, katanya.

“Kami juga mempunyai kebebasan untuk menulis mengenai pemimpin pembangkang. Satu contoh ialah ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menang jawatan menteri besar Kelantan.

“Kami menemurahnya dan menerbitkan cerita selama 3 hari berturut-turut. Semua penerbitannya habis dijual, walaupun pemimpin negeri lain mula mempersoalkan mengapa mereka tidak diperuntukkan ruang yang sama.

“Tetapi bagi saya, saya mahu menjadikan Utusan akhbar yang mewakili suara rakyat, dan bukannya seperti sekarang, yang merupakan alat sebaran Umno,” katanya kepada FMT.

Dr Mahathir tidak menyusahkan hidupnya selepas menerbitkan artikel mengenai Nik Aziz, dan juga tidak menghalang Utusan melaporkan berita Tengku Razaleigh Hamzah apabila beliau menentang Dr Mahathir dalam pemilihan Umno 1987, kata Zainuddin.

Beliau berkata tidak seperti Utusan hari ini, pandangan pemimpin pembangkang juga boleh disiarkan di akhbar Melayu itu, sejajar dengan matlamat menjadikan Utusan merentas kepartian.

“Itulah sebabnya Utusan mempunyai pengedaran tinggi. Dr Mahathir, walaupun ada pihak mengatakan beliau mengawal media, namun tidak pernah berbuat demikian.”

Zainuddin, yang kemudian menjadi menteri komunikasi, berkata menteri Umno sekarang seperti Zahid tidak sepatutnya bercakap mengenai perkara yang tidak diketahui dengan baik.

“Dr Mahathir tidak mengganggu tugas harian wartawan. Beliau tidak membuat panggilan telefon memberitahu kita apa yang kita boleh dan tidak boleh lakukan.

“Jadi Zahid tidak tahu apa yang beliau cakap.”

Zahid semalam berkata seorang bekas perdana menteri, semasa zaman pentadbirannya, menetapkan dan mengawal agenda agensi berita nasional.

Ini tidak seperti perdana menteri selepas beliau, yang membenarkan agensi bebas melaporkan apa yang mereka mahu, kata Zahid.

Walaupun beliau tidak menyebut siapa, dipercayai beliau merujuk kepada Dr Mahathir, perdana menteri yang paling lama berkhidmat dan memimpin negara lebih 22 tahun.

Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan ketika dihubungi turut menyatakan pandangan sama.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman mereka yang bekerja di portal berita, kebebasan akhbar lebih buruk hari ini berbanding zaman Dr Mahathir.

“Apabila kami diserbu pada 2003, dan 19 komputer kami disita di penghujung zaman pentadbiran Dr Mahathir, kami tidak didakwa.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kami diserbu beberapa kali, dan dakwaan difailkan terhadap saya dan CEO Malaysiakini Premesh Chandran.

“Di samping itu, kami disaman oleh Datuk Seri Najib Razak, kali pertama seorang perdana menteri menyaman organisasi media,” kata Gan.

Zahid serang ‘bekas PM’ lagi…


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments