Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Selepas kalahkan Myanmar, Kim Swee gembira tetapi bimbang

 | August 22, 2017

Malaysia menewaskan Myanmar 3-1 dan layak ke separuh akhir.

kim-swee

SHAH ALAM: Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee memuji anak buahnya kerana menampilkan persembahan mantap sebelum menundukkan Myanmar 3-1 pada saingan bola sepak lelaki Kumpulan A Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah di sini, malam tadi.

Biarpun menang bergaya, beliau masih bimbang dengan benteng pertahanan yang melakukan kesilapan pada penghujung perlawanan sehingga membolehkan Myanmar menjaringkan gol sagu hati.

”Secara taktikal, kita bermain dengan lebih baik berbanding dua perlawanan sebelum ini serta mampu mematahkan gerakan Myanmar… sebaik sahaja mendapat rentak perlawanan, pemain kita mengawal keadaan,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Meskipun sudah layak ke separuh akhir, jurulatih itu mahu anak buahnya mengutip 3 mata penuh serta muncul juara kumpulan apabila berdepan dengan Laos pada perlawanan akhir kumpulan, di stadium sama, Rabu ini.

Sementara itu, jurulatih Myanmar, Gerd Zeise ternyata kecewa apabila pasukannya gagal mengekalkan persembahan cemerlang pada tiga perlawanan sebelum ini dengan jaringan selesa.

“Ini adalah perlawanan buruk kerana pada separuh masa pertama pemain asyik hilang kawalan bola tetapi bangkit semula pada babak kedua. Namun ia sudah terlambat untuk mengekang Malaysia daripada mengutip tiga mata penting.

“Kami mempunyai rehat selama 5 hari sebelum perlawanan separuh akhir dan kami akan menggunakan masa ini sepenuhnya untuk merancang corak taktik yang lebih baik demi memastikan tempat ke final,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments