Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM serbu Universiti Selangor di Shah Alam

 | August 22, 2017

Sepasukan 6 anggota SPRM berpakaian seragam itu tiba kampus Unisel di Seksyen 7, Shah Alam, kira-kira 10 pagi tadi.

sprm_unisel_6SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu Universiti Selangor (Unisel) di sini, dipercayai untuk menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan bekas kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd.

Sepasukan 6 anggota SPRM berpakaian seragam itu tiba di kampus Unisel di Seksyen 7, Shah Alam, kira-kira 10 pagi tadi.

Selain Unisel Shah Alam, SPRM dipercayai turut menyerbu Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor; Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan pejabat Jana Niaga.

sprm_unisel_61

Pada 25 Julai lalu, MBI Selangor mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga.

MBI Selangor yang dipetik Malaysiakini menafikan membayar RM60 juta kepada Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun Unisel berlaku salah.

MBI Selangor berkata, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga, walaupun kontraktor itu mengingkari perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran adalah tidak benar.

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor kemudiannya mempersoalkan MBI Selangor bila dan siapa yang akan terbabit dalam proses timbang tara dengan Jana Niaga.

Ia selepas MBI Selangor menyatakan proses timbang tara untuk menyelesaikan pertikaian mengenai pembayaran kepada syarikat itu akan dilakukan.

Rizal merujuk dakwaan sebuah blog yang Unisel tidak bersetuju dengan terma dicadangkan MBI Selangor dan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga.

Bila proses timbangtara Unisel-Jana Niaga dilakukan, soal Rizal Mansor


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments