Arab Saudi, Iran akan berbalas lawatan diplomatik, kata menteri
Visa sudah dikelaurkan untuk kedua belah pihak menjayakan lawatan itu, kata Menteri Luar Negeri Iran Mohammad Havad Zarif.
Lawatan itu, yang menurut Zarif mungkin akan berlaku selepas musim haji berakhir pada minggu pertama September, akan menjadi tanda pertama keredaan dalam hubungan antara 2 seteru itu sejak hubungan diplomatik diputuskan tahun lepas.
“Visa sudah dikeluarkan untuk kedua belah pihak menjayakan lawatan itu,” kata Zarif, menurut ISNA. “Kami menunggu langkah terakhir untuk diselesaikan supaya diplomat dari kedua negeri boleh memeriksa kedutaan dan konsulat mereka.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Hubungan antara Iran dan Arab Saudi di paras terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan masing-masing menuduh pihak lagi satu menjejaskan keselamatan serantau dan menyokong pihak berlainan dalam konflik di Syria, Iraq dan Yaman.