Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Isteri pemimpin AS minta maaf selepas lagak beg tangan mahal

 | August 23, 2017

Isteri setiausaha kewangan AS menjawab mereka yang mempersoalkan gaya hidup mewahnya ketika lawatan rasmi menemani suaminya.

Louise-LintonPETALING JAYA: Isteri kepada Setiausaha Kewangan Amerika Syarikat memohon maaf selepas jawapan balasnya terhadap pengguna media sosial yang mengkritik sikapnya memperagakan gaya hidup mewah melalui barangan mahal seperti beg tangan dan selendang.

Louise Linton, isteri kepada Steve Mnuchin, dikritik pengguna media sosial selepas gambar beliau keluar dari sebuah pesawat bersama suaminya, sambil memakaikan pelbagai aksesori berjenama mahal seperti Hermes, Roland Mouret, Tom Ford dan Valentino.

Pengguna Instagram Jenni Miller, ibu kepada 3 anak, kemudian memuat naik komen: “Baguslah kami bayar untuk percutian kamu. #deplorable (menyampah).”

Ia mengundang kenyataan sinis daripada Linton: “Kamu fikir ini perjalanan peribadi?!

“Kamu fikir kerajaan AS bayar percutian bulan madu dan perjalanan peribadi kami?

“Apakah kamu menyumbang lebih banyak daripada saya dan suami kepada ekonomi negara? Saya pasti bahagian cukai saya untuk perjalanan ini lebih besar daripada cukai dibayar kamu.”

Jawapan tajam Linton itu diiringi hashtag pelbagai jenama mahal seperti “#tomford,” “#hermesscarf” dan “#valentino”.

Semalam, selepas kiriman itu mengundang reaksi tajam rakyat AS, Linton memohon maaf.

“Ia tidak sesuai dan amat tidak sensitif,” katanya dalam kenyataan.

Selendang Hermes yang dipakai Linton dipercayai berharga AS$300 dan boleh menjangkau AS$2,300 (RM9,800).

Suaminya, Mnuchin, merupakan bekas eksekutif Kumpulan Goldman Sachs dan membiayai dana penerbitan filem Hollywood.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments