Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Khairul Hafiz kini pelari terpantas Asia Tenggara

 | August 23, 2017

Tetapi pelari 19 tahun itu masih belum berjaya memecah rekod Indonesia pada Sukan SEA 2009 iaitu 10.17 saat.

Khairul-Hafiz-JantanKUALA LUMPUR: Raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan muncul sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pelari berusia 19 tahun dari Melaka, muncul juara selepas melintas garisan penamat acara riben biru itu dalam masa 10.38s, mengatasi juara bertahan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dengan catatan 10.43s.

Peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun yang turut mencatatkan 10.43s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa berdasarkan photo finish, manakala seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa dari Sarawak menamatkan larian di tempat kelima dalam masa 10.66s.

Bagaimanapun, hasrat Khairul Hafiz, pemilik rekod kebangsaan dengan masa 10.18s itu untuk memecahkan rekod Sukan SEA milik Suryo Agung Wibobo (10.17s) dari Indonesia yang dicatatkan pada edisi 2009 di Laos tidak kesampaian.

Khairul Hafiz mara ke final selepas mencatatkan masa terpantas pada pusingan separuh akhir kedua dengan catatan masa 10.34s, manakala Jonathan pula mencatatkan 10.60s pada separuh akhir pertama.

Hari ini, Khairul Hafiz akan beraksi dalam acara 200m.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Khairul Hafiz atas kejayaannya.

“Detik yang tersangat bangga untuk Malaysia. Saudara Khairul menjadi juara pecut Asia Tenggara.
“Satu lagi emas utk Malaysia! Tahniah Khairul Hafiz Jantan Raja Pecut Asia Tenggara ! #KL2017 #BangkitBersama #Kebanggaanku,” kata Najib menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments