Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengerusi Yayasan 1Malaysia anggap KDN tak faham liberalisme, pluralisme

 | August 23, 2017

Dr Chandra Muzaffar berkata Islam menganjurkan pluralisme dan liberalisme dan istilah itu bukan sesuatu yang tidak elok seperti digambarkan.

chandraPETALING JAYA: Aktivis Dr Chandra Muzaffar mengkritik alasan “agenda liberalisme dan pluralisme” diberikan Kementerian Dalam Negeri dalam mengharamkan buku diterbitkan sekumpulan tokoh dan bekas penjawat tinggi Melayu baru-baru ini.

Chandra yang kini pengerusi Yayasan 1Malaysia, yang juga merupakan antara penulis buku itu, berkata Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim gagal menjelaskan bahagian mana daripada buku “Breaking the Silence” itu mempromosikan liberalisme dan pluralisme sehingga ia dianggap menggugat kepentingan awam.

“Alwi tidak jelaskan mengapa liberalisme ancaman kepada negara.

“Jangan kita lupa, Rukun Negara keempat, falsafah negara kita yang menekankan pendekatan liberal terhadap tradisi budaya kita yang pelbagai,” Chandra memberitahu FMT.

“Apakah yang dimaksudkan Alwi apabila beliau mengatakan buku itu mempromosikan liberalisme? Adakah dia merujuk kepada tradisi pemikiran liberal yang dikembangkan di Eropah pada abad ke-18, atau saya ragui beliau menyamakan liberalisme dengan sikap terbuka terhadap masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)?”

Chandra menganggap Alwi memiliki pandangan pincang terhadap liberalisme dan pluralisme.

Katanya, pluralisme merujuk kepada kewujudan dan perakuan kepelbagaian, sama ada budaya, agama atau politik, iaitu hakikat dunia hari ini.

Menurutnya, terdapat salah faham yang menafsirkan pluralisme sebagai menyamakan semua agama.

“Ini bukan pluralisme kerana tiada 2 agama pun yang sama walaupun mempunyai persamaan seperti menggalakkan kebaikan atau menghormati alam sekitar.”

Chandra berkata semua agama ada perbezaan dan persamaan, sambil memberi contoh Kristian dan Islam yang mempercayai akhirat, sementara Buddha mempercayai penjelmaan semula.

Menurutnya, Islam tiada masalah dengan kepelbagaian sambil memetik ayat 49:13 dan 5:48 dalam Al-Quran, yang menyokong pandangan mengenai agama dan budaya berbeza.

“Liberalisme dan pluralisme bukan perkataan tidak elok. Jadi saya betul-betul tidak tahu apa masalah mereka dengan buku G25.”

Buku G25 itu antara 18 penerbitan diharamkan oleh KDN. Pengharaman itu ditandatangani menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 14 Jun.

Buku itu mengumpulkan pelbagak makalah mengenai kesan birokrasi Islam di Malaysia dan ketekalannya dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments