Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr M: AS akan campur tangan PRU14

 | August 24, 2017

Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Donald Trump mahu terbabit dalam PRU14, beliau boleh berbuat demikian dengan memberi kelulusan kepada individu yang disiasat DoJ.

mahathir-mohamad-rci-malaysia-1PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan Amerika Syarikat (AS) akan campur tangan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas perdana menteri itu berkata demikian susulan laporan mengenai pertemuan Datuk Seri Najib Razak dengan Donald Trump yang dijadualkan berlangsung di White House pada 12 September ini, ketika Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berusaha merampas harta dan aset mewah yang didakwa dibeli menggunakan dana dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, 1MDB yang ditubuhkan Najib.

“Jika Trump mahu terbabit dalam pilihan raya kita, beliau boleh berbuat demikian dengan memberi kelulusan kepada individu yang DoJ sifatkan sebagai pencuri dan kleptokrat,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu kepada wartawan di kompleks mahkamah Istana Kehakiman, hari ini.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Najib mahu menjalin persahabatan dengan Trump, ketika pihak berkuasa AS giat menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pentadbiran Malaysia.

WSJ memetik sumber yang rapat dengan Najib sebagai berkata, lawatannya ke White House adalah sebahagian daripada usaha supaya penyiasatan lebih lanjut tidak dilakukan pihak berkuasa AS.

Kenyataan White House berkata, Trump berharap dapat “berbincang kaedah memperkukuhkan dan memperluaskan hubungan dua hala kami dan meluaskan kerjasama serantau bersama salah satu rakan kongsi AS yang paling rapat di Asia Tenggara”.

DoJ sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.

Hubungan AS-Malaysia merosot sedikit tahun lalu selepas DoJ memfailkan saman mengenai skandal 1MDB, menyebabkan Najib memperkukuhkan hubungan dengan China.

Hubungan kedua-dua negara bertambah baik di bawah pentadbiran bekas presiden Barack Obama, yang menjadi presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun pada 2014.

AS menganggap hubungan dengan Malaysia penting dalam usaha mengekang kemaraan China di Asia Timur.

Najib bertemu Trump pada September


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments