Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr Mahathir hadir RCI forex

 | August 24, 2017

Bekas perdana menteri itu merupakan titik utama dalam skandal awal 1990-an itu.

VIDEO INSIDE

mahathir-mohamad-rciPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kerugian dalam urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika skandal itu berlaku, tiba di kompleks mahkamah Istana Kehakiman pada hari kedua RCI itu.

Dr Mahathir mengambil tempatnya dalam kamar di baris hadapan.

Prosiding bermula jam 9 pagi dan diketuai Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Selain Sidek, ahli panel lain ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon.

Turut terlibat ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Yusof Ismail yang juga setiausaha RCI.

Sebagai perdana menteri ketika kerugian itu dilaporkan, Dr Mahathir yang kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) merupakan fokus prosiding tersebut.

Bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula merupakan menteri kewangan pada masa itu.

Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada bulan lalu.

BNM dilaporkan mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.

Pada hari pertama pendengaran, bekas penolong gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid dan pegawai BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin hadir memberikan keterangan.

Panel RCI pelik kerugian BNM ‘senyap’

Bekas penolong gabenor: Anwar arah sembunyi kerugian forex elak dipecat


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments