Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PAS mahu rampas kerusi Azizah dan Azmin

 | August 24, 2017

Selain kerusi DUN Kajang dan Bukit Antarabangsa, PAS juga akan mencabar kerusi Parlimen Gombak yang dikuasai Azmin Ali sejak 2008.

pas-sedia-tanding-kerusi-3SHAH ALAM: PAS Selangor akan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang serta Bukit Antarabangsa yang dimenangi 2 pemimpin tertinggi PKR, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Azmin Ali, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, parti Islam itu juga akan mencabar kerusi Parlimen Gombak yang dikuasai menteri besar Selangor itu sejak 2008.

“Memang wajib kita ambil. Sebenarnya, sejarah sebelum adanya PKR, sejak pilihan raya dulu PAS sangat berminat berada di banyak kerusi di Selangor. Setelah adanya PKR, itu yang kita bagi beberapa (kerusi).

“Selepas pilihan raya yang lalu, presiden PAS yang mencadangkan supaya PKR jadi menteri besar Selangor, bukannya PAS walaupun PAS menang 15 kerusi ketika itu,” katanya pada sidang media hari ini.

Azmin berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU13 selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Nadzim Ibrahim dengan majoriti 4,044 undi.

Dr Wan Azizah yang berdepan calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada Mac 2014 pula menang dengan majoriti 5,379 undi.

Sallehin yang juga adun Sabak berkata, parti itu akan bertanding di sekurang-kurangnya 42 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN di Selangor pada PRU14, selepas mendapat persetujuan PAS Pusat.

Katanya, parti itu juga bersiap sedia menghadapi pertandingan 3 penjuru atau lebih.

“Bersedia untuk letakkan calon di semua kerusi yang ditandingi BN atau Pakatan Harapan.

“Perlu diingatkan pertembungan 3 penjuru di Selangor, kalau berlaku bukan dimulakan PAS, tapi rekod DAP dan Amanah (yang mula mencabar) bertanding di kerusi PAS,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments