Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pensyarah berpengalaman terpaksa dihentikan akibat potongan bajet

 | August 24, 2017

Aktivis pelajar mendakwa keadaan itu akan menjejaskan mutu pendidikan di universiti awam pada masa depan.

asheeq-ali-1KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia hilang peluang mendapat pendidikan berkualiti apabila universiti awam terpaksa melepaskan pensyarah berpengalaman akibat kekurangan dana.

Universiti awam terpaksa menghentikan khidmat ramai pensyarah berpengalaman, termasuk dari luar negara bagi mengurangkan perbelanjaan susulan pemotongan bajet tahunan sejak beberapa tahun ini.

Mereka tiada pilihan kecuali mengambil pensyarah kurang berpengalaman yang seterusnya akan menjejaskan kualiti pengajaran.

Media sebelum ini melaporkan lebih 6,000 pensyarah di universiti awam, termasuk profesor, ditamatkan perkhidmatan atau kontrak tidak diperbaharui tahun lalu ekoran pemotongan bajet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan Bajet 2017 pada Oktober lalu berkata, dana diperuntukkan kepada universiti awam tahun ini ialah RM6.117 bilion, berkurangan 23.8% berbanding Rm7.575 bilion pada 2016.

Aktivis pelajar, Asheeq Ali Sethi Alivi mendakwa universiti awam kini mengambil alumni universiti untuk mengisi kekosongan ditinggalkan pensyarah berpengalaman.

“Saya tidak menafikan hakikat graduan muda perlu diberikan peluang menjadi ahli akademik.

“Walaupun ia digalakkan, perlu ada rancangan penggantian yang membolehkan pensyarah kanan melatih sebelum menyerahkan tugasnya kepada pensyarah lebih muda.

“Tiada gunanya memepunai pensyarah muda untuk mengajar tanpa latihan sewajarnya daripada pensyarah berpengalaman,” katanya kepada FMT sambil menambah pensyarah kanan tempatan dan asing ialah aset sangat berharga kepada universiti.

Katanya, tindakan memberhentikan pensyarah berpengalaman turut menjejaskan produktiviti fakulti dari segi penyelidikan.

“Pelajar akan berdepan masalah kekurangan dana untuk menjalankan penyelidikan mereka dan peluang mereka bekerja dengan pensyarah berkelayakan sebagai penyelia mereka berkurangan,” katanya.

Sementara itu, wakil Pemuda DAP, Farhan Haziq Mohamed menyifatkan tindakan menggantikan pensyarah kanan dengan mereka yang kurang berpengalaman, tidak baik untuk universiti dan kerajaan.

Beliau berkata, ia menjadi trend untuk universiti mengambil jalan pintas dengan menjadikan alumni sebagai pensyarah.

“Ini bukan amalan baik kerana kita memerlukan pemikiran berbeza dan pelbagai dalam universiti.

“Kita perlu mengekalkan pensyarah kanan atau profesor asing serta memberi geran untuk penyelidikan dan penerbitan.”

Beliau mendakwa universiti boleh menubuhkan syarikat sendiri untuk mengkormersialkan penyelidikan mereka, seperti yang dilakukan universiti asing.

“Ada banyak proses komersialisasi yang boleh digunakan universiti, seperti pelesenan, penerbitan serta perjanjian pembangunan dan penyelidikan.

“Universiti juga boleh membangunkan taman penyelidikan mereka, seperti Lembah Silikon oleh Universiti Stanford, Taman Sains Cambridge oleh Universiti Cambridge dan Makmal Inovasi Harvard oleh Universiti Harvard.”

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan perlu mencari jalan menyediakan infrastruktur untuk menjayakan rancangan itu.

Farhan turut menggesa kerajaan menubuhkan sebuah dana khas bagi setiap universiti mengekalkan profesor tempatan dan asing dalam usaha mengekalkan mutu pendidikan.

Susulan potongan bajet bagi Kementerian Pendidikan Tinggi tahun ini, universiti awam terjejas teruk dengan ada yang kekurangan berjuta-juta dana.

Universiti Teknologi Mara kekurangan peruntukan sebanyak RM563.07 juta, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia serta Universiti Sains Malaysia masing-masing berdepan pemotongan bajet sekurang-kurangnya RM100 juta.

Pelajar universiti juga rasai kesan potongan bajet


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments