Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

RCI: Dakwaan bekas penolong gabenor BNM disangkal bekas pegawai audit

 | August 24, 2017

Wong Yew Sen menafikan tiada jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau aktiviti urusniaga mata wang asing pada 1990-an.

Wong-Yew-Sen-Murad-KhalidPUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai audit Bank Negara Malaysia (BNM) menyangkal dakwaan bekas penolong gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa tiada jawatankuasa di bank pusat memantau aktiviti urusniaga mata wang asing pada 1990-an.

Murad dalam temubual New Straits Times 27 Januari lalu berkata BNM mengalami kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang asing sepanjang 1991 hingga 1993, dan mendakwa tiada jawatankuasa dalam BNM yang memantau transaksi itu, serta semuanya dilakukan oleh seorang individu.

Hari ini, bekas pegawai audit itu memaklumkan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bahawa BNM ada jawatankuasa untuk tujuan itu.

“Jawatankuasa itu adalah ‘External Reserved Committee’, bukannya seorang individu,” kata Wong Yew Sen, saksi ke-4 dalam siasatan ke atas kerugian yang dialami BNM akibat dagangan mata wang asing semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Namun, had dibenarkan untuk aktiviti forex tidak dinyatakan,” tambahnya.

Murad juga mendakwa tiada tindakan dalaman diambil agar pihak yang terlibat dalam dagangan mata wang asing itu menggantikan semula rezab BNM.

Wong bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut kepada RCI.

“Saya tidak tahu terdapat sesiapa dipertanggungjawabkan atas kerugian dialami BNM berhubung urusniaga mata wang asing dalam laporan audit kerana ia bukan objektif penyediaan audit,” katanya.

Menurut Wong, laporan audit 1992 mendapati aktiviti mata wang asing merekodkan kerugian RM8.5 bilion, berdasarkan kepada dokumen yang ada ketika itu.

“Merujuk kepada laporan audit, dinyatakan bahawa sejumlah RM9.3 bilion berkurangan dari akaun ‘other reserve’ pada 31 Disember 1992. Ia adalah akibat daripada aktiviti forex berjumlah RM8.5 bilion yang dicaj ke akaun tersebut.

“Saya tidak boleh katakan tindakan caj kerugian forex itu ke dalam akaun ‘other reserve’ betul tetapi penyata kewangan dikemukakan dan diluluskan ketua audit negara,” katanya.

Wong juga memberitahu RCI yang beliau tidak mempunyai maklumat sama ada terdapat pihak dalam BNM memperoleh faedah peribadi daripada urusniaga mata wang asing itu.

RCI yang ditubuhkan khas untuk menyiasat skandal yang berlaku semasa pentadbiran Dr Mahathir bersidang di Istana Kehakiman, Putrajaya. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan ketika itu.

Selain Sidek, RCI dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail.

Panel RCI pelik kerugian BNM ‘senyap’

Bekas penolong gabenor: Anwar arah sembunyi kerugian forex elak dipecat


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments