Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

RCI Memali tidak perlu diadakan, kata Rais Yatim

 | August 24, 2017

Bekas menteri itu berkata kerajaan akan dilihat seolah-olah tiada kerja selain merungkai kisah lama.

Rais-Yatim-kampung-memali-malaysiaKUANTAN: Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata tiada keperluan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali yang berlaku pada tahun 1985.

Beliau berkata meskipun kerajaan mempunyai kuasa mewujudkan RCI, namun mereka patut lihat jika terdapat bukti baharu atau perkara masih tidak dirungkai sehingga kini dalam peristiwa itu.

“Apa baiknya mengadakan singkapan lama? Kita harus berpendapat jika semuanya hendak diRCIkan, maka kerajaan tiada kerja lain selain merungkai perkara lama dan menyembahkannya kembali.

“Semasa peristiwa Memali berlaku, huraian telah dibuat dan saya juga menjadi jurucakap Memali semasa itu selaku Menteri Penerangan. Penerangan yang diberi juga sudah dijawab oleh bapa Ibrahim Libya (Mahmud Senapi). Jadi tidak perlu RCI,” katanya.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sudut Pidato Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gambang hari ini yang turut dihadiri rektor universiti itu Prof Datuk Seri Dr Zalea Kamarudin.

Selain itu, Rais berpandangan segala persoalan berkaitan tragedi itu sudah dihurai dan dijawab dengan baik dalam laporan Kertas Putih Memali yang dibentangkan kerajaan di Parlimen.

“Jika ada tujuan lain (untuk adakan RCI) pada tahun 1985 masih tidak terungkai, harus disenaraikan apakah isu hendak dihuraikan. Apa kandungan Kertas Putih yang masih tidak dipuashatikan lagi?

“Isu ini harus diselidik untuk melihat jika perlu diadakan RCI. Memang kerajaan ada kuasa untuk (adakan) RCI bila-bila masa, tetapi kesahihan dan matlamat asasnya bagaimana?” soalnya.

Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 menyaksikan 18 orang termasuk 4 polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments