Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Guan Eng: Trump dungu, jika ada peluang pun tak mahu jumpanya

 | August 25, 2017

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun mempunyai 'presiden dungu', Amerika Syarikat tidak akan runtuh dengan mudah kerana ia mempunyai sistem ekonomi dan teknologi yang kuat.

lim-guan-eng-trumpPETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Donald Trump dungu dan beliau tidak mahu berjumpa dengannya, jika berpeluang berbuat demikian kerana bimbang dirinya akan menjadi dungu seperti presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Beliau yang dipetik Sin Chew Daily berkata, walaupun mempunyai “presiden dungu”, AS tidak akan runtuh dengan mudah kerana ia mempunyai sistem ekonomi dan teknologi yang kuat.

Lim tiba-tiba menyebut nama Trump ketika bercakap mengenai kepentingan pendidikan dalam sebuah majlis penyampaian bantuan pendidikan tinggi kepada 576 pelajar di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

Setiausaha agung DAP itu berkata, pendidikan ialah asas pembinaan negara dan nasib negara hanya akan berubah melalui pengukuhan pendidikan secara berterusan.

Katanya, ia juga adalah sebab kerajaan Pulau Pinang berusaha menyalurkan sumber bagi membangunkan pendidikan sains dan teknologi.

Semalam, White House dalam kenyataan yang dipetik The Wall Street Journal (WSJ) memaklumkan Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan Trump di White House pada 12 September ini.

Akhbar WSJ melaporkan perdana menteri mahu menjalin persahabatan dengan Trump, ketika Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berusaha merampas harta dan aset mewah yang didakwa dibeli dengan dana diseleweng daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, 1MDB yang ditubuhkan Najib.

WSJ memetik sumber yang rapat dengan Najib sebagai berkata, lawatannya ke White House adalah sebahagian usaha supaya penyiasatan lebih lanjut tidak dilakukan pihak berkuasa AS.

White House berkata, Trump berharap dapat “berbincang kaedah memperkukuhkan dan memperluaskan hubungan dua hala kami dan meluaskan kerjasama serantau bersama salah satu rakan kongsi AS yang paling rapat di Asia Tenggara”.

Hubungan AS-Malaysia merosot sedikit tahub lalu selepas DoJ memfailkan saman mengenai skandal 1MDB, menyebabkan Najib memperkukuhkan hubungan dengan China.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments