Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Budak 10, 11 disyaki dera kanak-kanak 9 tahun ditahan

 | September 11, 2017

Ibu mangsa membuat laporan polis selepas terjumpa anaknya terbaring tanpa pakaian dari pinggang ke bawah selepas kali terakhir melihat anaknya bermain dengan 2 budak lelaki itu.

Dev-Kumar-budakMIRI: Dua budak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun ditahan di Limbang petang tadi bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan penderaan seksual ke atas budak perempuan berusia 9 tahun di Limbang, malam semalam.

Kedua-dua suspek didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stor baja di Kampung Palas pada 7.10 malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata kedua-dua suspek ditahan selepas ibu mangsa yang berusia 32 tahun, seorang pekerja ladang, membuat laporan polis.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata wanita itu memberitahu polis beliau terjumpa anaknya berbaring di atas tilam tanpa pakaian dari pinggang ke bawah selepas kali terakhir beliau melihat anaknya bermain dengan kedua-dua budak lelaki itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments