Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’

 | September 13, 2017

Hamizura Osman, adik kepada naib presiden PPBM, berkata pembangkang perlu berhati-hati dalam perjuangan untuk menjatuhkan Najib.

hamizura

PETALING JAYA: Adik kepada Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman hari ini meminta maaf beberapa jam selepas memuat naik kiriman Facebook yang disifatkan sebagai perkauman.

“Saya minta maaf…Selepas ini saya tak akan usik tentang Cina lagi,” kata Hamizura Osman.

Hamizura dalam kiriman awal pagi tadi berkata penyokong pembangkang perlu berhati-hati dalam meraih sokongan Cina dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam usaha kita nak turunkan Najib. Dalam masa yang sama, jangan bagi Cina pijak kita. Tak perlulah memuji sang Cina dalam kalangan kita.

“Cina yang sepatutnya merayu kepada Melayu…. Ini bumi Melayu,” katanya.

Kenyataannya itu mengundang kecaman dan juga sokongan.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail merupakan salah seorang yang membidas Hamizura atas kenyataan itu.

“Saya tidak setuju dengan kenyataan rasis (bersifat perkauman) ini. Jangan guna nama Dr Mahathir dan lambang PPBM atas kenyataan rasis ini,” kata Tariq meurujuk kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan berhak tinggal di negara ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini,” katanya dalam kiriman Facebook.

Tariq menekankan wawasan parti adalah untuk mengembalikan dan memperkasakan maruah Melayu berteraskan keadaban, kesopanan dalam kata-kata dan tindakan.

Beliau juga menambah, hak Melayu adalah untuk memperkasakan maruah Melayu, bukan memperjuangkan ketuanan Melayu.

“Kalau mahu memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan mencaci dan menghasut orang dan rakyat jelata, saya cabar kamu kembali ke Umno,” kata Tariq dalam responsnya di Facebook itu.

“Saya yakin Umno sendiri tidak mahukan kamu. Rakyat akan tolak kamu. Kita semua harus sentiasa ingat tiap hari kita solat, kita doa kepada Allah untuk membawa kita ke jalan yang lurus. Bukankah ini pedoman kita?

“Jangan ikut resmi lalang, semakin berisi makin tegak. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk,” kata Tariq yang menyeru Hamizura untuk merendah diri.

Beliau berkata tindakan Hamizura memalukan parti dan juga kakaknya, Hamidah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments