Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Esscom alu-alukan sempadan laut dibuka untuk buru penjenayah

 | September 13, 2017

Pembukaan sempadan laut Filipina, Malaysia dan Indonesia akan membolehkan pasukan keselamatan memasuki sempadan laut ketiga-tiga negara semasa mengejar unsur penjenayah.

esscom-1

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengalu-alukan tawaran Filipina kepada Malaysia dan Indonesia untuk membuka sempadan laut masing-masng dalam usaha melawan penjenayah dan militan rentas sempadan.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte minggu lepas dilaporkan berkata beliau mahu membincangkan kemungkinan mewujudkan pasukan petugas bersama 2 negara jiran untuk memerangi militan berkaitan IS.

Beliau merancang untuk bertemu rakan sejawat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo untuk membincangkan pembukaan sempadan bagi membolehkan pemburuan lancar mengejar unsur penjenayah di kawasan perairan.

“Kami mengalu-alukan potensi persetujuan antara ketiga-tiga kerajaan – Filipina, Malaysia dan Indonesia – untuk membolehkan pasukan keselamatan kami memasuki kawasan perairan ketiga-tiga negara semasa mengejar lanun, penculik dan militan,” kata Komander Datuk Hazani Ghazali kepada FMT hari ini.

“Langkah itu pasti boleh mengelakkan sela waktu – jarak antara bila kita menghentikan pemburuan apabila tiba di sempadan laut negara dan bila pasukan negara jiran menyambung pemburuan.

“Ini yang kita mahu – meneruskan pemburuan sehingga penjenayah tertangkap.

“Mesyuarat antara agensi keselamatan ketiga-tiga negara, dan mungkin juga antara menteri berkaitan, akan diadakan di Kuala Lumpur bulan depan bagi membincangkan perkara itu.”

Duterte berkata mesyuarat dengan Widodo dan Najib boleh berlaku selepas pasukan keselamatan berjaya menangani sepenuhnya kepungan bandar Marawi di selatan Filipina oleh militan berkaitan IS.

Militan dilaporkan dari kumpulan Maute dan Abu Sayyaf. Abu Sayyaf diketuai emir lantikan IS bagi rantau Asia Tenggara, Isnilon Hapilon.

Isnilon dan Abdullah Maute, ketua kumpulan Maute, dalam senarai orang dikehendaki Esscom.

Abdullah dilaporkan terbunuh dalam serangan udara pada Ogos tetapi kematiannya belum dapat disahkan.

Lebih 600 militan, 145 askar dan 45 orang awam dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di bandar Marawi, yang tercetus pada 23 Mei lepas.

Pada Jun, bekas komander Esscom Datuk Wan Abdul Bari Abdul Khalid berkata ada kebimbangan Isnilon dan Abdullah cuba menyelinap ke Sabah kerana mahu melarikan diri dari tentera Filipina.

Pantai timur Sabah terletak tidak jauh daripada kawasan bermasalah di selatan Filipina dan boleh didatangi secara bot.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments