Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Gerakan P Pinang persoal tindakan lulus perobohan tapak warisan

 | September 13, 2017

Jason Loo mendakwa tiada rundingan awam diadakan sebelum keputusan dibuat, lalu menimbulkan persoalan berhubung tindakan tergesa-gesa meluluskan pengezonan tanah dan perobohan bangunan warisan.

jason

GEORGE TOWN: Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung tindakan tergesa-gesa meluluskan kerja perobohan bangunan Kategori II di tapak warisan Peel Avenue bulan Jun tahun ini sedangkan kelulusan bagi projek pembesaran Island Hospital belum diperoleh.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo berkata terdapat 4 bangunan warisan di tanah berkenaan dikategorikan sebagai bangunan warisan Kategori II dalam senarai bangunan warisan negeri yang memerlukan usaha pemuliharaan.

“Adakah terdapat sebarang Penilaian Kesan Warisan dibuat sebelum kerajaan negeri DAP memberi kelulusan meroboh bangunan warisan di tanah berkenaan. Jika projek pembesaran hospital tidak diluluskan, bagaimanakah mereka akan memulihkan semula projek yang bakal dirobohkan itu.

“Sekiranya projek pembesaran hospital tidak diluluskan, adakah tapak warisan yang dirobohkan itu akan dimajukan dan dibangunkan dengan satu lagi projek komersial?” soalnya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Jun tahun ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri menjual tanah seluas 2.6 hektar bernilai RM156 juta di Peel Avenue kepada Island Hospital Sdn Bhd bagi pembinaan projek “bandar perubatan”.

Lim dilaporkan berkata tanah dimiliki Perbadanan Ketua Menteri (CMI) diberi hak milik kepada hospital itu secara pajakan selama 99 tahun dengan bayaran pendahuluan RM30 juta, manakala baki pembayaran akan diselesaikan dalam tempoh 3 bulan selepas memperoleh lesen daripada Kementerian Kesihatan.

Loo mendakwa tiada rundingan awam diadakan sebelum keputusan dibuat, lalu menimbulkan persoalan berhubung tindakan tergesa-gesa meluluskan pengezonan tanah dan perobohan bangunan warisan.

Beliau berkata penduduk di kawasan sekitar juga tidak pernah dimaklumkan sebelum kerajaan negeri menjual tanah itu kepada Island Hospital pada Disember 2016 dan tiada rundingan awam dibuat untuk mendapatkan pandangan penduduk sebelum mereka menandatangani perjanjian menjual tanah kerajaan.

“Setelah mengetahui tanah itu dijual oleh CMI, saya tertanya berapa banyak lagi tanah yang dipindahkan kepada CMI. Saya bimbang jika semua tanah kerajaan di bawah CMI akan habis dijual dengan pantas dan mudah,” katanya.

Loo berkata kerajaan negeri mesti menjawab kesemua soalan dibangkitkan untuk membuktikan mereka masih percaya dan berpegang kepada slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments