Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hadi: Kalau terima pembedahan, mengapa tidak hudud

 | September 13, 2017

Presiden PAS membidas golongan yang menolak hudud sebagai bertuhankan diri sendiri.

abdul-hadi-awang-hudud-pembedahanPETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas mereka yang membantah kanun jenayah Islam seperti hukum hudud, sambil menyamakan hukuman memotong anggota badan tertentu dengan pembedahan yang dijalankan oleh doktor.

“Padahal mereka boleh menerima segala jenis pembedahan anggota jasad bagi menyelamatkan jasad seorang manusia yang sakit. Sedangkan hukuman jenayah Islam adalah pembedahan bagi menyelamatkan masyarakat yang ramai jumlahnya,” kata presiden PAS itu dalam artikel terkini beliau.

Hadi dipercayai merujuk kritikan terhadap usaha PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), dilihat sebagai usaha ke arah pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

Hadi menganggap golongan yang membantah undang-undang Islam sebagai “bertuhankan diri sendiri”, dan turut membidas beberapa pihak lain termasuk mereka yang menolak peraturan aurat dalam Islam atau mempersoalkan tafsiran berkenaan Israk Mikraj, Lailatul Qadr mahupun peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim.

“Kalangan ini juga menolak Kaabah sebagai tanda kiblat yang dibina oleh Nabi Ibrahim yang disanjung oleh penganut semua agama dengan kepercayaan dan sebutan masing-masing,” kata Hadi.

“Namun mereka bersedia menyembah binatang yang bodoh dan menyembah patung batu yang dipahat wajahnya sangat buruk, bahkan wajah dirinya sendiri lebih cantik daripada patung yang dipahat dan diukirnya. Patung itu tidak boleh bergerak sehingga diusung ke sana dan ke mari, jauh sama sekali memberi manfaat dan mudarat.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments