Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Individu hina kemangkatan Sultan Kedah bakal dikenakan tindakan tegas

 | September 13, 2017

Ketua Pemuda Umno Kedah berkata tindakan tegas akan diambil jika individu itu memohon maaf secara terbuka sekalipun.

Shaiful-Hazizy-sultan-abdul-halimALOR SETAR: Pemuda Umno Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan pengguna laman sosial menghina kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Laporan itu dibuat oleh Pegawai Khas Pemuda Umno Negeri Shamsul Bahrin Shaarom di IPD Kota Setar, di Alor Setar 12.20 tengahari.

Ketua Pemuda Umno Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin turut hadir di perkarangan IPD, berkata tindakan individu itu biadap.

Shaiful Hazizy meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan segera.

“Saya perasan trend sekarang kalau dah buat silap mesti minta maaf secara terbuka bagi mengelak daripada diambil tindakan. Tapi kali ini tiada lagi pemohonan maaf, saya minta polis ambil tindakan tegas terhadapnya,” katanya.

Sementara itu di Baling, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan parti politik membuat laporan sama di Balai Polis Baling.

Laporan yang dibuat pada 2.00 petang itu meminta polis mengambil tindakan segera terhadap individu berkenaan.

Pengerusi tetap JKKK Baling, Johari Abdul Latif berkata rata-rata penduduk di sini amat terluka dan marah dengan tindakan individu itu.

Pengerusi Tetap Puteri Umno Bahagian Baling Surina Che Mid yang turut hadir berkata, tindakan menghina Sultan Abdul Halim mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments