Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kamu akan dihukum, kata Al-Qaeda kepada Myanmar

 | September 13, 2017

Militan itu menggesa orang Islam seluruh dunia menyokong saudara seagama di Myanmar dengan bantuan, senjata dan 'sokongan ketenteraan'.

Al-Qaeda-myanmar2YANGON: Militan Al-Qaeda menyeru sokongan diberikan kepada orang Islam Rohingya di Myanmar, yang berdepan tindakan keras pasukan keselamatan yang mengakibatkan kira-kira 400,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, dan memberi amaran Myanmar berdepan “hukuman” di atas “jenayah” mereka.

Penghijrahan pelarian Islam dari negara Myanmar yang mempunyai majoriti pengikut ajaran Buddha dicetuskan oleh tindakan balas pasukan keselamatan terhadap siri serangan militan Rohingya ke atas pos polis dan tentera di barat negara itu pada 25 Ogos lepas.

Kumpulan militan yang mendalangi serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menggesa orang Islam seluruh dunia menyokong saudara seagama di Myanmar dengan bantuan, senjata dan “sokongan ketenteraan”.

“Kekejaman terhadap saudara Islam kita…tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum,” kata Al-Qaeda dalam kenyataan, menurut kumpulan pemantau SITE.

“Kerajaan Myanmar akan merasai apa yang dirasai saudara Islam kita.”

Myanmar berkata pasukan keselamatannya menjalankan kempen sah terhadap “pengganas”, yang dipersalahkan di atas serangan terhadap polis dan tentera, dan orang awam.

Kerajaan mengeluarkan amaran mengenai serangan bom di bandar, dan seruan angkat senjata oleh Al-Qaeda mungkin akan meruncingkan kebimbangan itu.

“Kami menyeru semua saudara mujahid di Bangladesh, India, Pakistan dan Filipina supaya menuju ke Burma untuk membantu saudara Islam mereka, dan melakukan persiapan sewajarnya – seperti latihan dan sebagainya – untuk melawan penindasan itu,” kata kumpulan itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments