Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Najib hidup dalam dunia fantasi, kata ahli Parlimen PKR

 | September 13, 2017

Wong Chen tertawakan ikrar Najib Razak untuk bantu perkasakan ekonomi AS sedangkan Malaysia banyak berhutang dengan China untuk pelaksanaan projek besar.

wong-chen-najib-razak-donald-trump-1KUALA LUMPUR: Berjanji dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang Malaysia akan membantu pertumbuhan ekonomi AS menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hidup dalam dunia fantasi, menurut Wong Chen.

Ahli Parlimen Kelana Jaya itu berkata, ketika bertemu Trump di Rumah Putih, Najib memberitahu pemimpin AS itu Malaysia akan beli lebih banyak pesawat Boeing untuk Malaysia Airlines.

Beliau berkata Najb membuat ikrar itu walaupun syarikat penerbangan nasional itu perlu diselamatkan tidak lama dahulu dan terpaksa melepaskan juruterbang, pramugara, kakitangan lapangan dan juruteknik.

Wong Chen dalam kenyataan juga berkata, Najib memberitahu Trump bahawa Khazanah, yang sudah melabur kira-kira AS$400 juta di AS, akan terus melabur lebih banyak lagi pada masa depan.

“Betapa indahnya dalam dunia fantasi Najib, Malaysia sebuah negara ‘kaya’ yang mampu bantu meningkatkan ekonomi AS. Ketika kita mengalami ekonomi yang lembap dan serba kekurangan pada dekad ini, hingga merayu kepada China untuk duit, Najib memberi tanggapan kepada Trump kononnya kita mampu berbelanja besar,” kata Wong.

“Saya terfikir apa yang akan dikatakan pemimpin China tentang meminjamkan wang kepada Malaysia untuk Malaysia kemudian memberinya kepada AS.”

Wong berkata walaupun beliau bersetuju dengan ikrar najib menentang IS dan pengganas, beliau mengingatkan Najib definisi pengganas bagi Trump mungkin berbeza dengan Malaysia.

“Apabila kerajaan dan media Barisan Nasional menghebahkan pertemuan itu secara lebih dahsyat daripada taufan Irma yang melanda Florida, rakyat yang rasional akan melihat ‘pertemuan bersejarah’ ini jenaka 2 pemimpin penuh cela,” katanya.

Beliau juga menekankan, menurut transkrip pertemuan Najib dan Trump, skandal 1MDB dan siasatan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) ke atasnya tidak disebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments