Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Peguam cadang tempoh cuti bersalin pekerja wanita dilanjutkan

 | September 13, 2017

Tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan akan mengelakkan pekerja wanita mengambil cuti berlebihan atau berhenti bekerja dengan alasan menyusu anak.

pregnant-baby-1KUALA LUMPUR: Seorang peguam mencadangkan kerajaan mengkaji semula tempoh cuti bersalin pekerja wanita bagi memastikan tenaga kerja berkualiti golongan berkenaan dapat diteruskan.

Peguam S Dharmen berkata tempoh cuti bersalin 90 hari bagi kakitangan wanita yang bekerja di sektor kerajaan dan 60 hari bagi sektor swasta yang telah digunapakai hampir 30 tahun itu dilihat kurang relevan untuk diteruskan lagi pada masa kini.

“Kalau kita lihat negara maju seperti United Kingdom, cuti bersalin pekerja wanita lebih lama. Mereka juga menawarkan gaji penuh untuk cuti bersalin bagi 6 bulan pertama, separuh gaji bagi 6 bulan berikutnya dan cuti tanpa gaji selepas setahun.

“Langkah diambil negara maju itu boleh dilaksanakan di negara ini, dengan mengambil kira faktor ‘hubungan’ antara ibu dan bayi yang baru lahir,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini pada Konvensyen Industri Meca ke-13.

Konvensyen yang berlangsung selama 3 hari bermula hari ini disertai pelbagai individu berlatarbelakangkan pelbagai bidang pekerjaan termasuk pengamal sumber manusia, ahli perniagaan dan pengurus syarikat.

Terdahulu, Dharmen merupakan salah seorang speaker pada konvensyen berkenaan menerangkan topik Akta Pekerja 1955.

Kata beliau, jika tempoh cuti bersalin dilanjutkan, ia mengelakkan pekerja wanita mengambil cuti berlebihan atau berhenti bekerja dengan alasan menyusu anak.

Dalam pada itu, Dharmen turut menggalakkan majikan memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita melanjutkan tempoh cuti bersalin selain menyediakan kemudahan ruangan mereka menyusu badan di bangunan pejabat.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments