Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pesta arak: PAS cabar PH nyatakan pendirian

 | September 13, 2017

Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar PH, kata Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad-Fadhli-Shaari-3

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencabar parti komponen dalam pakatan pembangkang untuk menyatakan pendirian mereka berhubung penganjuran pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata suara lantang yang dizahirkan DAP dalam mempertahankan penganjuran berkaitan (pesta arak) dilihat bukan sahaja satu kebiadaban, bahkan modal kepada provokasi tipikal parti tersebut di mana acapkali membayangi aktiviti seperti itu.

“Kami juga mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini. Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar PH yang tidak berani disanggah sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan laman Facebook PAS Pusat, hari ini.

Menurut beliau, penganjuran pesta arak dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini apabila acara tahunan sejak 2012 itu diuar-uarkan sebagai “The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia”.

“Selaku negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia tidak seharusnya menoda kesucian tersebut dengan kebebasan begitu.

Walaupun meminum arak menjadi hak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini. Ia tidak mencerminkan realiti budaya Malaysia, bahkan juga rantau ini,” katanya.

Ahmad Fadhli berkata kebanyakan negara dan masyarakat pada masa ini semakin sedar pelbagai akibat buruk yang tercetus akibat meminum arak atau aktiviti berkaitannya.

“Ia menyumbang kepada banyak tragedi mutakhir ini hingga mewujudkan pelbagai kempen kesedaran untuk mengehadkan dan menghindarinya daripada menjadi rutin dalam ketamadunan. Mengapa kita pula harus berundur ke belakang menjauhi nilai semakin positif ini?,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments