Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rafizi persoal Najib abaikan isu Rohingya ketika bertemu Trump

 | September 13, 2017

Rafizi berkata lawatan Najib hanyalah 'bayaran ufti' untuk mendapatkan masa 30 minit bergambar dengan Trump.

rafizi-najib-trumpPETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika (AS), Donald Trump langsung tidak menyentuh isu Rohingya sebaliknya menggadai kepentingan negara.

“Semua perkara bersabit kepentingan negara dan kebajikan umat Islam Rohingya yang digembar-gemburkan sebelum ini langsung tidak disentuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata Najib memaklumkan isu pelepasan visa bagi rakyat Malaysia dan membincangkan nasib umat Islam Rohingya menjadikan pertemuan dengan Trump itu penting untuk negara.

Sabtu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dilaporkan berkata lawatan rasmi perdana menteri ke White House turut membawa agenda perbincangan terhadap isu Rohingya.

“Lawatan perdana menteri bertemu presiden AS nanti turut membincangkan isu ini dan diharapkan perkara ini tidak menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak.

“Kita juga berharap hasil pertemuan itu nanti akan memberi satu kata putus dari AS untuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya satu tindakan tegas diambil terhadap negara Myanmar,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Sebaliknya, Rafizi berkata lawatan Najib hanyalah “bayaran ufti” untuk mendapatkan masa 30 minit bergambar dengan Trump dan berbincang melibatkan wang rakyat yang akan dilabur untuk membeli kapal terbang buatan AS dan membiayai projek infrastruktur di negara itu.

“Saya nyaris termuntah melihat Najib menjatuhkan martabat rakyat Malaysia dengan membodek Trump dengan berkata ‘Number 1, we want to help you in terms of strengthening the U.S. economy. I come with 3 specific proposals’ (Nombor 1, kita mahu menolong anda menguatkan ekonomi AS. Saya hadir dengan 3 proposal yang spesifik).

Beliau menambah, pertemuan itu bukanlah jemputan hasil dari pengiktirafan Trump kepada kecekapan dan kehebatan Najib, sebaliknya satu jemputan yang diaturkan melalui lobi kerana ia hanya menguntungkan AS semata-mata.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments