Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rakyat mahu faedah tinggi pinjaman perumahan diturunkan

 | September 13, 2017

Halangan masih dihadapi pembeli, terutama pembeli rumah kali pertama, menurut pengurus negara PropertyGuru Malaysia.

sheldon-fernandez_PropertyGuru_600KUALA LUMPUR: Semakin ramai tidak lagi menghadapi kesukaran untuk memperoleh pinjaman perumahan, namun ramai kurang berpuas hati, mahukan kadar faedah tinggi dikurangkan berdasarkan cabaran ekonomi semasa,

Menurut Tinjauan Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia baru ini menunjukkan 46% responden berkata kadar faedah terlalu tinggi berbanding 31% yang mengatakan kadar itu boleh diterima.

“Walaupun pinjaman diluluskan, dan semakin banyak permohonan bersama, ramai pengguna memperoleh margin pinjaman lebih rendah serta bayaran balik setiap bulan.

“Bank kini meluluskan lebih banyak permohonan, namun ada masanya pakej ditawarkan tidak menarik kepada pengguna,” kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan data PropertyGuru, 91% responden menyatakan mereka perlukan pinjaman bank untuk membeli rumah, dengan 45% memilih pembiayaan 90% manakala 25% lagi bersedia menerima pembiayaan antara 70-80%.

Sejumlah 18% lagi memilih pembiayaan 100%.

Keputusan itu selari dengan keputusan tinjauan mengatakan pasaran hartanah sudah mencapai kedudukan stabil dengan peningkatan harga secara beransur namun mapan, berbanding peningkatan ketara sejak 2 hingga 3 tahun lepas.

Berdasarkan senario ini, Fernandez berkata rakyat terus berdepan cabaran memiliki rumah walaupun mereka bersedia untuk membeli.

Halangan masih dihadapi pembeli, terutama pembeli rumah kali pertama sama ada ketidakcukupan dana selepas membayar ansuran bulanan atau memenuhi kos pendahuluan seperti duti setem, guaman dan berpindah masuk, katanya.

Fernandez berkata penyelesaian pembeli rumah kali pertama mungkin berupa kadar faedah khas jika mereka mampu membeli hartanah pada julat harga khusus di pembangunan berorientasikan transit.

Kira-kira 43% rakyat berkata mereka menggunakan tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli hartanah, sama ada untuk deposit atau menampung kekurangan dalam jumlah pinjaman utama, peningkatan sentimen 5% tahun ini berbanding 38% pada separuh ke-2 2016.

“Secara umumnya, seseorang yang menggunakan tabungan persaraan membeli hartanah menunjukkan ketidakmampuan dalam pasaran dan mungkin bermakna pengguna mengutamakan pemilikan rumah berbanding tahun persaraan.

“Yang lain mungkin merasakan pulangan KWSP tidak menarik, oleh itu lebih baik menggunakan wang berkenaan untuk pelaburan kediaman yang menjana peningkatan modal selain bumbung untuk berteduh,” kata Fernandez.

Tinjauan setiap setengah tahun sejak 2009 mengukur sentimen dan jangkaan dalam persekitaran pasaran hartanah untuk menyediakan maklumat bagi membolehkan pembeli membuat keputusan selain membolehkan ejen hartanah dan pemaju memperoleh perspektif lebih baik mengenai pasaran hartanah tempatan.

Tinjauan separuh pertama 2017 menyaksikan 949 responden di Malaysia dan lebih 3,100 responden di seluruh Asia Tenggara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments