Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rosmah lawat sekolah kanak-kanak ‘genius’ di Washington

 | September 13, 2017

Feynman School adalah sekolah swasta bagi kanak-kanak pintar dalam bidang akademik dan dikelilingi mereka yang mempunyai pemikiran serupa.

rosmah-feymenWASHINGTON DC: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Feynman School, sebuah sekolah bagi kanak-kanak pintar, di Maryland di sini pada Selasa.

Feynman School adalah sekolah pendidikan bersama persendirian bagi kanak-kanak berbakat besar dalam bidang akademik, di mana kanak-kanak yang pintar, bersifat ingin tahu, kreatif dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai pemikiran serupa, boleh meneroka bakat serta memenuhi potensi mereka.

Sekolah berkenaan menggabungkan perkembangan pesat, pemikiran aras tinggi, pemikiran kritikal, dan hubungan antara disiplin untuk mempertingkatkan kreativiti serta menambah pemahaman yang mendalam tentang dunia sebenar.

Rosmah mengiringi Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump di White House sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari beliau ke sini.

Feynman School menawarkan pendidikan bagi kanak-kanak paling pintar berusia antara 5 hingga 14 tahun (hingga gred 8).

Rosmah berada di sekolah itu lebih satu jam melawat kelas, berinteraksi dengan pelajar dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Susan Gold, Pengarah Eksekutif Robert Gold serta Pengarah Pembangunan Kurikulum Maya Manning.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments