Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Teresa gesa Najib jelaskan perjanjian berbilion dolar dengan AS

 | September 13, 2017

Naib pengerusi DAP itu bertanyakan adakah Malaysia cukup mewah dengan wang tunai untuk berbelanja membeli pesawat dan membuat pelaburan prasarana di AS.

teressan-najib-trum

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan komitmen kewangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Amerika Syarikat, bertanyakan adakah komitmen itu tukaran kepada pelaburan yang lebih besar dari AS.

Dalam kenyataan hari ini, naib pengerusi DAP itu tertanya adakah kunjungan Najib ke AS itu untuk tujuan membeli-belah bagi menunjukkan kepada Washington yang Malaysia boleh menjadi pembeli pesawat buatan AS.

“Adakah Malaysia cukup mewah dengan wang tunai hingga kita mampu membeli 25 pesawat Boeing termasuk 8 pesawat 787 Dreamliners di masa depan, serta melabur dalam pembangunan prasarana di AS sekarang ini?

“Apakah pembelian dan pelaburan itu akan membantu merangsang keadaan ekonomi Malaysia yang sedang lemah, atau sebagai tukaran kepada pelaburan yang lebih besar dari AS?”

Terasa menjawab laporan hari ini yang melaporkan Najib, yang sekarang ini sedang melawat Rumah Putih, memberitahu Presiden AS Donald Trump bahawa Malaysia Airlines akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliners, dan mungkin akan menambah lagi 25 pesawat 727 pada masa depan.

Perjanjian itu bernilai lebih AS$10 bilion dalam masa 5 tahun, dan berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu membelanjakan AS$3 bilion-AS$4 bilion lagi untuk pembangunan infrastruktur.

Teresa terkejut dengan cadangan perdana menteri itu, ketika rakyat sedang menderita kesusahan kewangan akibat ekonomi yang perlahan.

Teresa berkata Malaysia Airlines masih bergelut untuk pulih dari hutang dan defisit, dan beliau tertanya sama ada syarikat penerbangan negara mampu membelanjakan AS$10 bilion untuk 25 pesawat Boeing.

Beliau juga tertanya adakah Najib akan menggunakan dana KWSP sebanyak RM16.8 bilion untuk melabur dalam pembangunan prasarana AS tanpa merujuk para pencarum.

“Apakah pulangan yang akan diterima pencarum KWSP daripada pelaburan itu?” katanya.

“Rakyat berhak tahu apakah kemungkinan manfaat dan pulangan daripada pelaburan itu yang akan dibawa pulang ke Malaysia, memandangkan jutaan dibelanjakan oleh perdana menteri dan rombongan dalam lawatan AS itu.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments