Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tiada sebab untuk saya minta maaf, Tony beritahu Najib

 | September 13, 2017

Peguam Najib Razak berkata perdana menteri sedia menerima permohonan maaf ahli Parlimen DAP itu mengenai usul Hadi.

pua-najib-3

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa jika mengharapkan permohonan maaf dari Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Ini kerana pemimpin DAP itu percaya beliau tidak melakukan sebarang kesalahan apabila mendakwa langkah pentadbiran Najib membentangkan usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat awal tahun ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian daripada 1MDB.

“Tiada sebab untuk saya mohon maaf kerana saya bercakap benar,” katanya kepada FMT.

“Jadi mengapa pula saya perlu mohon maaf?”

Tony, yang lantang bersuara dalam perkara berkaitan 1MDB berdepan saman fitnah yang difailkan Najib. Saman itu berkaitan dengan dakwaan yang dibuat melalui siaran langsung April lepas di Facebook.

Tony didakwa membayangkan Najib menyalahgunakan kuasanya dan mengarahkan Kabinet membenarkan rang undang-undang peribadi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang untuk meminta Akta 355 di Dewan Rakyat.

Najib mendakwa Tony juga membayangkan beliau menggunakan politik kotor untuk kekal berkuasa selain daripada dakwaan menuduh perdana menteri menggelapkan dana 1MDB.

Menurut Malaysiakini, Tony menafikan kenyataannya itu fitnah dan berkata ia komen yang adil, ada perlindungan bersyarat dan wajar kerana komen itu berkepentingan awam.

Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dilaporkan memberita pemberita hari ini perdana menteri sedia menerima permohonan maaf dari Tony.

“Beliau terbuka dan akan terima ‘Saya minta maaf perdana menteri’,” kata Hafarizan menurut laporan.

Bagaimanapun, Tony berkata permohonan maaf tidak akan berlaku.

“Bagaimanapun saya sedia terima Najib menarik balik saman terhadap saya.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments