Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tidak salah beri ganjaran pada pelapor rasuah, kata SPRM

 | September 13, 2017

SPRM memberi ganjaran untuk menghargai kakitangan perkhidmatan awam yang amanah.

Dzulkifli-Ahmad-maccKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertahankan usaha jabatan itu memberi ganjaran kepada kakitangan perkhidmatan awam yang melaporkan kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata tidak salah memberi ganjaran kepada mereka yang menolak rasuah sebagai penghargaan kepada kakitangan yang amanah.

“Jangan beri komen terhad kepada satu inisiatif seolah-olah itu saja usaha yang kita lakukan untuk cegah rasuah. Banyak lagi aktiviti dan kempen yang dilakukan SPRM, kena tengok secara keseluruhan.

“Salah ke kita bagi ganjaran kepada orang yang tolak rasuah? Kita beri penghargaan kepada orang yang bersih, kita pandang tinggi pada orang ini,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan 3J (Jangan hulur, Jangan ‘kawtim’ dan Jangan ‘settle’) dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Terminal Bandar Tasik Selatan hari ini.

Sebelum ini insentif “ringgit ke ringgit” kepada pemberi maklumat atau saksi dalam kalangan penjawat awam yang melaporkan kes rasuah sejak 2011 hanya berjaya menarik 214 orang, membabitkan nilai RM384,000 sekaligus dikatakan kurang sambutan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, jumlah itu sekadar mewakili 0.00001% daripada 1.6 juta penjawat awam di Malaysia.

Insentif yang diperkenalkan kerajaan sejak 2011 itu merupakan satu bentuk ganjaran yang diberikan kepada mana-mana pemberi maklumat atau saksi dengan ganjaran minimum sebanyak RM500 yang tampil memberi laporan kegiatan rasuah.

Mengulas isu kurangnya sambutan daripada penjawat awam dalam memberi maklumat bukan disebabkan tidak “cakna” dalam membanteras rasuah sebaliknya mereka tidak meminta sebarang ganjaran.

“Kami terima banyak maklumat daripada penjawat awam tetapi mereka tidak mahu ganjaran,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments