Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

2 anak polis antara korban kebakaran tahfiz

 | September 14, 2017

Dua daripada 22 pelajar yang meninggal dunia itu adalah anak lelaki pegawai polis, F Zaska Yusoh.

kebakaran-tahfizPETALING JAYA: Walaupun polis mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk melindungi orang awam, tiada seorang pun daripada mereka dapat menyelamatkan 24 mangsa yang terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan pusat tahfiz hari ini.

Dua dariada 22 pelajar yang meninggal dunia itu adalah anak lelaki pegawai polis, F Zaska Yusoh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa mengesahkan kematian mangsa yang berusia 8 dan 11 tahun itu ketika dihubungi petang ini.

Zaska berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Cheras sebagai kakitangan jabatan siasatan jenayah.

Dalam kejadian awal pagi tadi, 22 orang pelajar dan 2 tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku pada jam 5.41 pagi.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, pelan bangunan yang dikemukakan pusat tahfiz untuk permohonan mendapat kelulusan kebakaran, berbeza dengan reka bentuk sebenar sekolah itu.

Sementara itu, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood menjelaskan mereka berpindah ke bangunan 3 tingkat terbabit sejak 7 bulan lalu.

Beliau yang juga presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) berkata, bangunan asal milik sekolah itu yang terletak berhampiran tempat kejadian, sedang diubah suai dan akan siap tidak lama lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mangsa kebakaran pusat akan mengambil masa beberapa hari.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments