Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ayah Umar berkunjung lagi, kali ini mengecam mayat

 | September 14, 2017

Umar al-Khattab tidak sampai sebulan memasuki sekolah tahfiz malang itu.

kebakaran-tahfiz6KUALA LUMPUR: Baru semalam Umar al Khattab, antara lebih 20 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban dalam kebakaran awal pagi tadi, berjumpa dengan bapanya, di mana kedua mereka keluar makan malam.

Hari ini, ayahnya berkunjung lagi.

Tetapi Umar tidak lagi berada di sampingnya. Yang tinggal hanya jasad lelaki muda itu yang rentung dan sukar dikenali.

helmi

Helmi.

Ayahnya, yang hanya mahu dikenali sebagai Helmi, melawan perasaan hiba ketika tiba di Hospital Kuala Lumpur bagi proses pengecaman mayat anaknya.

“Semalam kali terakhir saya jumpa dia, selepas dia minta untuk datang,” katanya.

Umar baru berusia 7 tahun, dan tidak sampai sebulan menjadi pelajar sekolah tahfiz itu, yang terletak di sebuah bangunan 3 tingkat di Jalan Keramat Ujung di sini.

Sehingga kini, pihak berkuasa mengesahkan 21 pelajar dan 2 guru maut dalam kebakaran itu awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, 6 pelajar dan seorang orang awam turut cedera dalam kejadian itu.

azman

Azman Indan.

Sementara itu, bagi Azman Indan, 40, beliau bersyukur anaknya Muhammad Ashraff, 11, semalam dibawa pulang semalam.

“Saya bawa balik anak saya untuk buat rawatan kulit,” katanya yang hadir ke HKL untuk memberikan sokongan moral kepada keluarga rakan anaknya.

Azman berkata anak masih lagi terkejut kerana rakannya merupakan salah seorang daripada yang terkorban.

Azman menghantar anaknya ke pusat tahfiz itu pada Jun lalu kerana mahu anaknya mendalami ilmu agama.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments