Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Datuk’ antara ditahan SPRM untuk siasatan seleweng RM40 juta

 | September 14, 2017

SPRM menahan 4 individu disyaki menyeleweng dana kerajaan hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

sprm-datukPUTRAJAYA: Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas 4 individu termasuk seorang ketua eksekutif bergelar ‘Datuk’ yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes penyelewengan dana kerajaan hampir RM40 juta.

Perintah tahanan reman 6 hari bermula hari ini hingga 19 September itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

Keempat-empat mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 10.35 pagi sebelum dibawa keluar lebih sejam kemudian selepas prosiding selesai.

Semalam media melaporkan SPRM menahan 4 individu disyaki menyeleweng dana kerajaan hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

Menurut laporan itu, ketua eksekutif bergelar Datuk berusia 58 tahun itu ditahan bersama setiausaha perbadanan, 34, penolong pegawai kewangan, 32 dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar doktor, 38 di beberapa lokasi di ibu negara dalam satu operasi khas SPRM petang Rabu.

Juga, Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membebaskan 2 individu yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan invois palsu berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) untuk projek di Bintulu, Sarawak pada 2015.

2 individu yang dibebaskan ialah seorang bekas eksekutif lelaki syarikat cari gali minyak berusia 40 tahun yang kini bergelar ahli perniagaan dan suami kepada pengarah wanita sebuah syarikat kontraktor berumur 53 tahun dan bekerja sendiri.

Syarikat kontraktor terbabit dikatakan dilantik untuk melaksanakan projek berkenaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka direman berhubung siasatan tuntutan palsu melalui 3 invois syarikat kontraktor berkenaan antara April hingga Jun 2015 bagi kerja sepatutnya dilakukan syarikat itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments