Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr M sedih Tragedi Pak Ya 1989 tidak jadi pengajaran

 | September 14, 2017

Bekas perdana menteri teringat peristiwa sebuah sekolah agama swasta terbakar di Kedah dan berkata lebih banyak usaha patut diambil untuk memastikan langkah keselamatan kebakaran tersedia.

mahathir-Tragedi-Pondok-Pak-Ya-3KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau kecewa dengan kejadian kebakaran yang meragut nyawa 22 pelajar dan 2 guru di sebuah sekolah tahfiz di Keramat awal hari ini, dan berkata nampaknya tiada pengajaran diambil dari peristiwa kebakaran di Kedah 2 dekad lalu.

Beliau teringatkan peristiwa kebakaran di Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah di Guar Chempedak, Kedah pada 1989 yang meragut nyawa 27 penuntut. Kebakaran itu memusnahkan sekolah dan 8 blok asrama.

Dr Mahathir berkata dalam kes di Kedah itu, seseorang menyalakan api untuk kegunaan dalam bilik asrama dan api tersebut dipercayai menjadi punca kebakaran.

Bercakap mengenai kejadian kebakaran hari ini, beliau berkata: “Pembinaan bilik asrama perlu ikut peraturan supaya kalau jadi apa-apa boleh lari keluar.

“Ini nampak 2 pintu sahaja. Kadang-kadang tak boleh nak lari keluar kerana api.

“Langkah keselamatan amat penting. Selepas ini saya harap semua sekolah kaji balik dan tengok ada atau tidak langkah keselamatan semasa kebakaran,” katanya kepada pemberita selepas melawat waris mangsa yang maut dan tercedera di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Api membakar bangunan 3 tingkat sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara hari ini, dan menyebabkan mereka yang terperangkap mati rentung.

Dipercayai tingkap berjeriji menghalang ramai mangsa daripada melepaskan diri dari kebakaran itu dan penyiasat kesihatan sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenalpasti mayat.

Pengerusi Pakatan Harapan menyampaikan takziah kepada waris mangsa dan berharap mereka yang tercedera dapat pulih sepenuhnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments