Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding

 | September 14, 2017

Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru dan juga warden di pusat tahfiz berkenaan terkorban dalam kebakaran awal pagi tadi di sekolah tahfiz Darul Ittifaqiah.

Noor-FatihahKUALA LUMPUR: Tiada lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman, apabila suami dinikahinya Mei lepas dan baru bersanding minggu lalu pergi buat selamanya selepas maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi tadi.

Suaminya Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru dan juga warden di pusat tahfiz berkenaan.

Bagaimanapun, wartawan gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah, 23, berhubung tragedi itu.

Beliau menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, ibu saudara, Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian, berkata pemergiannya amat memberi kesan terhadap keluarganya.

“Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat dirasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul adalah ketika majlis persandingannya di Kelantan minggu lepas,” kata beliau.

Menurut Asmah, Mohd Amirul Nizam seorang yang peramah dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain. Dia akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata pada kebiasaannya, arwah akan menghubungi Noor Fatihah yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan setiap hari.

“Namun hari ini beliau tidak membuat sebarang panggilan kepada Noor Fatihah. Isterinya yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab,” katanya.

Insiden yang berlaku di bangunan 3 tingkat itu meragut nyawa 21 pelajar dan 2 guru di pusat tahfiz terbabit.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments