Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya

 | September 14, 2017

Naib presiden PPBM itu berkata, kenyataan bersifat perkauman itu ialah pandangan peribadi Hamizura dan tindakan mengaitkan 'status tidak berapa molek itu' boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Hamidah-Osman-isu-pijak-cina-ppbmPETALING JAYA: Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman menggesa semua pihak berhenti mengaitkan dirinya dengan kenyataan bersifat perkauman yang dibuat adiknya semalam kerana ia boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Beliau berkata, peringatan supaya penyokong pembangkang tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, ialah pandangan peribadi Hamizura.

“Hamizura ahli biasa, memang dia adik saya, pandangan dia tidak perlu dikaitkan dengan saya. Jika Hamizura lakukan kesilapan, kesalahan itu dituding kepadanya sahaja.

“Apabila mereka mengaitkan tindakan Hamizura dengan saya, sedangkan saya tidak nyatakan apa-apa, maka tindakan itu menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Hamizura memohon maaf selepas beberapa jam memuat naik catatan bersifat rasis ke Facebooknya yang dikecam pelbagai pihak.

Ia termasuk Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail yang berkata, wawasan parti itu adalah mengembali dan memperkasakan maruah Melayu berteraskan keadaban, kesopanan dalam kata-kata dan tindakan.

Katanya, hak Melayu adalah untuk memperkasakan maruah Melayu, bukan memperjuangkan ketuanan Melayu.

“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan berhak tinggal di negara ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini,” katanya dalam catatan Facebook.

Mengulas lanjut, Hamidah berkata, beliau sudah menegur adiknya supaya lebih berhati-hati ketika menyuarakan pandangan dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Teguran saya buat secara peribadi, secara adik-beradik. Pada saya, status itu tidak berapa molek, sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membangkitkan isu itu,” katanya.

Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments