Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kita Malaysia, tiada istilah bumi Melayu, kata Amanah

 | September 14, 2017

Ketua Pemuda Amanah Perak berkata, tiada istilah Malaysia adalah bumi Melayu, sebaliknya negara ini adalah bumi rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Hasnul-Zulkarnain-bendera-amanahPETALING JAYA: Amanah mendesak PPBM mengambil tindakan disiplin terhadap adik naib presiden parti itu kerana membuat kenyataan bersifat rasis yang melanggar semangat Pakatan Harapan dalam menolak sentimen perkauman sempit.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain merujuk catatan Facebook Hamizura Osman, semalam, yang mengingatkan penyokong pembangkang supaya tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Hasnul dalam kenyataan hari ini berkata, pemimpin dan ahli Pakatan Harapan, termasuk adik kepada Datuk Hamidah Osman itu tidak patut membuat kenyataan bersifat perkauman yang secara tidak langsung memberi persepsi tidak baik kepada gabungan pembangkang berkenaan.

“Hamizura cuba mewujudkan persepsi kononnya kaum cina cuba ‘memijak’ orang Melayu di dalam Pakatan Harapan, sedangkan perkara tersebut tidak langsung wujud dan ia hanyalah paranoid semata-mata. Seperti yang diketahui, Pakatan Harapan wujud dengan semangat kesaksamaan antara satu sama lain.

“Beliau juga menyatakan Malaysia adalah bumi Melayu, kami menegaskan tiada istilah seperti itu, sebaliknya negara ini adalah bumi kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Tidak ada istilah rayu-merayu kepada kepada mana-mana kaum.”

Katanya, Pakatan Harapan mendukung semangat keharmonian kaum di kalangan rakyat berbilang kaum dan menolak individu berfikiran rasis atau perkauman sempit.

Beberapa jam selepas memuat naik kenyataan bersifat rasis itu, Hamizura yang juga isteri kepada bekas ketua penaja PPBM bahagian Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar membuat permohonan maaf di Facebooknya, semalam selepas dibidas pelbagai pihak.

Antaranya Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail yang dilaporkan berkata, wawasan parti itu adalah mengembali dan memperkasakan maruah Melayu berteraskan keadaban, kesopanan dalam kata-kata dan tindakan.

Katanya, hak Melayu adalah untuk memperkasakan maruah Melayu, bukan memperjuangkan ketuanan Melayu.

“Saya tidak setuju dengan kenyataan rasis (bersifat perkauman) ini. Jangan guna nama Dr Mahathir dan lambang PPBM atas kenyataan rasis ini,” katanya merujuk Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan berhak tinggal di negara ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini,” katanya dalam catatan Facebook.

Adik pemimpin PPBM mohon maaf selepas kenyataan ‘Cina pijak kita’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments