Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Najib enggan jawab tarikh PRU14

 | September 14, 2017

Najib berkata tempoh kurang setahun pemerintahan BN adalah masa yang panjang dalam politik.

najib-razak-pru14-malaysiaWASHINGTON: Walaupun pelbagai tarikh dikaitkan dengannya, Datuk Seri Najib Razak masih enggan memberi sebarang petunjuk bila pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan.

Bila ditanya oleh seorang wartawan mengenainya pada akhir lawatan kerja 3 harinya di sini pada Rabu, perdana menteri hanya ketawa dan berkata “Tunggu dululah.”

“Kamu hendak saya umumkan sesuatu di Washington DC? Kamu bergurau ya,” katanya.

Mengenai sama ada beliau menganggap ini masa yang sesuai memandangkan semua perkara sedang memihak kepadanya, Najib menjawab: “Betulkah, kamu fikir begitu?””

“Datuk (Seri) ada masa kurang setahun sahaja lagi,” kata wartawan itu.

“Setahun masa yang panjang (dalam politik),” jawab Najib yang melawat Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump. Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan di White House pada Selasa.

Mandat parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Najib akan berakhir pada Jun 2018.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments