Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelajar tahfiz selamatkan bayi ‘dihulur’ dari tingkat 3

 | September 14, 2017

Muhammad Ihsan Husin, 16, bersama 5 rakannya 'menghulur' dan 'menyambut' anak penyelia sekolah tahfiz itu dari tingkat 3 ke tingkat 2, sebelum dibawa menuruni tangga ke luar bangunan berkenaan.

Ihsan-HusinKUALA LUMPUR: Seorang bayi berjaya diselamatkan 6 pelajar dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Muhammad Ihsan Husin, 16, berkata bayi itu ialah anak penyelia sekolah tahfiz berkenaan yang dikenali sebagai Ustaz Azahari.

Katanya, beliau bersama 5 rakannya bertindak “menghulur” dan “menyambut” bayi itu dari tingkat 3 ke tingkat 2, sebelum dibawa menuruni tangga ke luar bangunan berkenaan.

“Pintu nak keluar asrama dah terbakar (ketika saya sedar), saya nampak mereka sedang cabut ‘grill’ di pintu.

“Isteri ustaz jerit minta tolong ada bayi.

“Saya duduk tingkat 2, kawan saya panjat tingkap dan saya sambut dari bawah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Sementara itu, seorang warden yang baru bertugas di pusat tahfiz itu awal tahun ini, Mohd Amirul Nizam, 25, turut terkorban dalam kebakaran itu.

Ibu saudara mangsa, Asmah Yaacob, 50, berkata mangsa baru bernikah Mei lalu dan mengadakan majlis persandingan bulan lalu.

“Arwah seorang yang baik, penyayang dan sangat menghormati orang tua.

“Keluarga berhasrat kebumikan arwah di Kelantan.”

Beliau berkata, isteri mangsa, Noor Fatihah Osman, 23, yang menuntut di sebuah universiti, bergegas ke tempat kejadian dan trauma selepas mendapat tahu suaminya meninggal dunia.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments