Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemilik restoran tak halal disaman simpan arak, buah dalam peti sejuk sama

 | September 14, 2017

Pemilik restoran tidak halal itu berkata, ini kali pertama premisnya diserbu dalam tempoh 34 tahun dan beliau kerugian lebih RM3,000 serta akan dihadapkan ke mahkamah pada 13 November ini.

Pemilik-restoran-tak-halal-disaman-simpan-arakPETALING JAYA: Seorang pemilik restoran Cina di Kuala Terengganu disaman dan bakal dihadapkan ke mahkamah akibat meletakkan arak serta buah-buahan dalam sebuah peti sejuk.

China Press melaporkan penguat kuasa Jabatan Kesihatan menyerbu restoran tidak halal itu kira-kira 11 pagi kelmarin dan mendakwa pemiliknya melanggar peraturan kerana meletakkan arak serta buah-buahan dalam peti sejuk sama.

Pemilik berusia 57 tahun itu berkata, restoran itu sudah beroperasi selama 34 tahun dan ini kali pertama premisnya diserbu.

Katanya, penguat kuasa terbabit enggan mendengar sebarang penjelasan atau rayuan, sebaliknya mengeluarkan kompaun dan merampas arak bernilai lebih RM3,000.

Wanita bernama Lim yang dipetik akhbar itu berkata, beliau menyimpan beberapa jenis buah, arak dan teh herba yang dimasak sendiri dalam peti sejuk berkenaan, tetapi tiada bahan masakan serta minuman kotak atau tin diletak bersama.

“Peti sejuk saya jenis 3 pintu, boleh simpan banyak barang. Tetapi, tak pernah dengar tidak boleh letak arak bersama buah-buahan dan selama ini kami berbuat demikian.”

Beliau menjelaskan pegawai jabatan itu pernah mengingatkan beliau supaya tidak mencampur adukkan arak bersama minuman lain dalam peti sejuk sama, oleh itu beliau sudah menyediakan sebuah lagi peti sejuk untuk menyimpan minuman kotak serta tin.

Katanya, pihak berkuasa sepatutnya memberi amaran terlebih dahulu, bukannya terus mendakwa peniaga ke mahkamah. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah pada 13 November ini.

Sementara itu, Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu, Toh Seng Cheg dipetik China Press sebagai berkata, selepas menerima aduan pengusaha, beliau mendapatkan penjelasan Jabatan Kesihatan yang memaklumkan serbuan itu dijalankan mengikut Akta Makanan 1983.

kedai-jual-arak-sama-buahan-ms-1Katanya, masih ada perkara tidak jelas di bawah akta berkenaan, selain proses penguatkuasaan yang tidak mematuhi prosedur, iaitu tidak memberi amaran kepada pengusaha terlebih dahulu.

Ketua Biro Aduan MCA Bahagian Kuala Terengganu, Siew Chee Yong berkata, sebuah kafe tidak halal yang terletak bersebelahan restoran di Jalan Kota Lama itu turut diserbu Selasa lalu.

Beliau berkata, Seksyen 361 Akta Makanan 1983 jelas menyatakan pengusaha tidak boleh meletak minuman beralkohol dengan makanan lain dalam sebuah peti sejuk atau rak sama.

“Selain kedai kopi, semua peniaga yang menjual minuman beralkohol, termasuk pasar mini dan kedai runcit perlu mematuhi peraturan itu,” katanya yang menasihatkan pengusaha segera mengasingkan arak daripada makanan dan minuman lain bagi mengelakkan dikenakan tindakan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments