Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pengetua tahfiz anggap pelajar mati syahid

 | September 14, 2017

Muhammad Zahid Mahmod menganggap pelajarnya yang maut selepas gagal melepaskan diri daripada sekolahnya yang terbakar sebagai mati berjuang.

Pengetua-tahfizKUALA LUMPUR: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah menganggap pelajarnya yang maut selepas gagal melepaskan diri daripada sekolahnya yang terbakar awal pagi tadi sebagai syahid.

Muhammad Zahid Mahmod berkata demikian apabila ditemui pemberita di surau Iftifaqiyah, Keramat, di tempat kejadian.

Selepas kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 pagi tadi, seramai 23 mangsa termasuk 2 guru pusat tahfiz ditemui rentung di tingkat atas pusat tahfiz berkenaan yang didiami 36 pelajar dan 6 guru. Kebanyakan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.

“Mereka ini, insyaAllah, mati syahid,” katanya ringkas. Zahid bagaimanapun tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan selepas dinasihati polis untuk mengelakkan percanggahan maklumat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata sekolah berkenaan beroperasi tanpa kelulusan sijil perakuan siap dan pematuhan, dan pelan seni bina yang diterima bomba berbeza dengan reka bentuk sebenar sekolah itu.

Beliau menambah sekolah itu mungkin tidak akan dikenakan tindakan disebabkan penderitaan yang dialami mereka ketika ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments