Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa

 | September 14, 2017

Mangsa membuat laporan selepas menyatakan dia dipukul beberapa lelaki antaranya seorang pegawai imigresen dan polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Sum-Chang-Keong-polis-pukul-orang-awamIPOH: Polis sedang siasat kes gaduh melibatkan pegawai imigresen dan polis dengan orang awam yang tular di media sosial baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dakwaan pihak polis tidak mengambil tindakan berhubung perkara itu tidak benar.

“Pengadu, seorang setiausaha persatuan taman perumahan, hanya datang memberi percakapan petang semalam setelah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Setakat ini, polis merakam 6 percakapan termasuk beberapa saksi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sum berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Rambutan pada 11 September lepas menyatakan dia dipukul beberapa lelaki antaranya seorang pegawai imigresen Ipoh dan seorang polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Beliau berkata, pengadu mengatakan pegawai imigresen yang juga anggota Persatuan Silat Waris Gayung memukulnya setelah ditegur lelaki yang mengatakan rasa tidak puas hati penduduk taman tersebut mengenai gelanggang Silat Waris Gayung yang terabai dan usang serta penuh sampah sarap.

“Atas teguran itu, suspek bertindak memanggil beberapa rakannya ke rumah pengadu dan mengugut membakar rumahnya dan tembak pengadu.

‚ÄúSemasa pengadu hendak keluar dari rumahnya untuk berbincang masalah berkenaan, tiba-tiba suspek menumbuk serta menendang seluruh badan pengadu sehingga lebam pada badan dan kakinya,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments