Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tiada lagi kelonggaran kepada sekolah tahfiz, kata Johari Ghani

 | September 14, 2017

Ahli Parlimen Titiwangsa itu akan pastikan semua sekolah tahfiz dalam kawasannya mematuhi piawaian pihak berkuasa.

johari-tahfiz

BANGKOK: Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berada di Bangkok atas urusan rasmi ketika berlaku tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi tadi bertindak membatalkan program rasminya dan pulang ke tanah air.

Ahli Parlimen Titiwangsa ini yang mengetuai lawatan 3 hari Kuala Lumpur Business Club (KLBC) ke Thailand mulai semalam, mahu pusat tahfiz bawah pihak swasta tidak lagi diberikan kelonggaran dalam soal keselamatan bangunan mereka.

“Saya akan minta senarai semua pusat tahfiz dan melawat setiap pusat itu di kawasan Parlimen Titiwangsa. Saya hendak cakap, tiada lagi kelonggaran dalam soal keselamatan bangunan. Kalau mereka hendak buat pusat tahfiz, mereka kena patuhi semua ciri keselamatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang menzahirkan kesedihannya terhadap tragedi itu berkata, apa yang terjadi disebabkan pusat tahfiz swasta gagal mematuhi ciri keselamatan seperti menyediakan pelbagai laluan keluar sekiranya berlaku kebakaran.

Beliau diminta mengulas kejadian kebakaran pusat itu di Jalan Keramat Hujung awal pagi tadi yang mengorbankan 21 pelajar serta 2 orang warden.

Pusat tahfiz itu berada dalam kawasan Parlimen Titiwangsa.

Johari juga berkata pihak berkuasa tidak dimaklumkan penaja pusat tahfiz swasta tentang rancangan pembinaan atau pengubahsuaian bangunan mereka bagi membolehkan kerja pemantauan dijalankan.

“Kita hanya tahu apabila bangunan pusat tahfiz itu sudah siap dibina,” katanya sambil menambah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bomba dan pihak berkuasa tempatan juga tidak mempunyai maklumat tentang kewujudan pusat tahfiz sebegini.

Apabila berlaku tragedi seperti di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, semua pihak daripada bomba, PBT dan kerajaan akan terpalit sama serta dipersalahkan oleh orang ramai, katanya.

Menurutnya beliau akan bertemu dengan semua keluarga mangsa secepat mungkin dan menyampaikan bantuan kepada mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments