Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ujian DNA mangsa kebakaran tahfiz ambil masa, kata Subramaniam

 | September 14, 2017

Ujian dibuat bertujuan untuk mengenalpasti identiti mangsa kebakaran, kata menteri kesihatan.

S-SubramaniamKUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menyatakan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung akan mengambil masa beberapa hari.

Menteri Datuk Seri S Subramaniam berkata, ujian DNA itu sedang dijalankan dan bertujuan untuk mengenalpasti identiti mangsa.

“Untuk kenalpasti identiti mangsa, ada keperluan untuk menjalankan DNA.

“Kebakaran begitu teruk di mana susah kita nak memastikan identiti mereka. Untuk tentukan identiti mereka, pemeriksaan DNA sedang dibuat dan itu sedang berlaku di Unit Forensik,” katanya pada sidang medianya di Hosital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Beliau terlebih dahulu meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat keluarga mangsa kebakaran di HKL.

Dalam kejadian awal pagi semalam, 21 orang pelajar dan 2 tenaga pengajar di pusat tahfiz terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku pada jam 5.41 pagi tersebut.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata sampel ibu bapa mangsa juga sedang diambil dan pemeriksaan akan dibuat daripada DNA mereka.

“Untuk tentukan siapa identiti mereka,” katanya sambil menambah belum ada lagi mangsa kebakaran yang disahkan.

Subramaniam berkata, HKL menerima panggilan awal berkaitan kebakaran pusat tahfiz berkenaan pada 5.44 pagi tadi.

Katanya, selepas menerima panggilan itu HKL mengaktifkan Operasi Pengurusan Bencana dan mangsa pertama sampai di Jabatan Kecemasan dan Trauma pada 6.40 pagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments