Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zahid tawar diri ketuai pasukan petugas khas siasat kebakaran tahfiz

 | September 14, 2017

Timbalan perdana menteri juga mahu pasukan petugas khas itu ditubuhkan segera.

zahid-tahfiz-siasatanKUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan diri untuk mengetuai pasukan petugas khas bagi menyiasat dan mengenalpasti punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung.

Timbalan perdana menteri berkata, pasukan petugas khas itu juga akan melihat tindakan pencegahan.

“Kita tidak harus benarkan perkara seperti ini berlaku kepada pusat pengajian yang lain,” katanya pada sidang medianya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Zahid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat keluarga mangsa kebakaran di Institut Perubatan Forensik Negara HKL.

Dalam kejadian awal pagi semalam, seramai 23 orang pelajar dan tenaga pengajar di pusat tahfiz terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku pada jam 5.41 pagi tersebut.

Zahid mahu pasukan petugas khas itu harus ditubuhkan segera.

“Jangan tunggu sehingga mesyuarat kabinet pada Rabu depan untuk dibincangkan,” tegasnya.

Dalam sidang medianya juga, Zahid turut mengumumkan kos pengurusan jenazah akan diurus dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Kerajaan juga akan memberikan bantuan sehingga pengkebumian selesai,” katanya.

Zahid berkata, kerajaan juga akan memberikan bantuan psikologi kepada keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat daripada kejadian berkenaan.

“Mereka kehilangan orang yang disayangi. Bantuan trauma psikologi juga diberikan kepda mangsa yang selamat,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments