Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Belia Melayu mahu platform selamat bincang isu agama, kata penyelidik

 | September 21, 2017

Pengarah Eksekutif Iman Research Dina Zaman berkata belia Melayu semakin arif mengenai Islam.

dina

PETALING JAYA: Badan penyelidik Iman Research mendedahkan kajian mereka mendapati sebahagian besar belia Melayu menganggap diri mereka pertama sekali sebagai orang Islam.

Penemuan itu berbeza dengan dapatan sebelum ini yang menunjukkan belia Melayu menganggap diri mereka pertama sekali sebagai orang Melayu.

Bercakap di Persidangan Kebangsaan ke-7 mengenai Mendapat Hak Berbudaya untuk Semua Tanpa Diskriminasi di Hotel Hilton hari ini, Pengarah Eksekutif Iman Research Dina Zaman berkata alasan ramai belia Melayu menganggap diri mereka pertama sekali sebagai orang Islam kerana mereka percaya ada stigma pada orang Melayu.

“Mereka kata mereka selalu diberitahu orang Melayu pemalas, korup dan semua yang tidak baik,” kata Dina.

Beliau berkata hasil asimilasi bentuk baharu tu ialah belia Melayu semakin arif mengenai perkara berkaitan Islam.

“Mereka beritahu mereka tahu Islam yang diamalkan di Malaysia mengikut mazhab Shafi’ii tetapi mereka akan persoalkan perkara itu dan tanya bagaimana jika mereka mahu ikut mazhab Hanafi atau mahu menjadi Syiah.

“Mereka juga tertanya mengapa tidak ada platform yang selamat untuk mereka bincangkan perkara seperti itu.”

Beliau berkata ramai belia tidak menyokong keganasan yang dipromosikan IS tetapi bersimpati dengan saudara seagama yang berjihad.

“Mereka beritahu mereka perlu menyokong saudara seagama kerana mereka percaya dasar negara asing menyerang Islam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments