Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

JAIPk rampas selipar kalimah syahadah

 | September 21, 2017

Pihak JAIPk mendapati sepasang selipar menggunakan kertas keras mengandungi kalimah syahadah pada bahagian dalamnya di sebuah hotel di Sitiawan.

sliper_islam

LUMUT: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merampas sepasang selipar dipercayai menggunakan kertas mengandungi kalimah syahadah sebagai pelapik bahagian dalamnya, di sebuah hotel di Sitiawan, semalam.

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung Roslin Om berkata rampasan yang dibuat melalui unit penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Manjung itu dilakukan jam 11 pagi, semalam, selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

“Kami memeriksa beberapa pasang selipar namun hanya sepasang sahaja yang menggunakan kertas keras mengandungi kalimah syahadah pada sebelah bahagian dalamnya.

“Selipar yang lain tidak mempunyai ayat suci al-Quran sebaliknya menggunakan gambar kartun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Roslin berkata perkara itu disedari pelanggan hotel tersebut apabila pelapik selipar yang digunakan terkoyak sehingga mendedahkan bahagian bawahnya yang mempunyai kalimah suci.

“Pengurusan hotel mendakwa tidak mengetahui perkara itu dan mereka turut berasa kesal dengan pihak yang membuat selipar tersebut kerana tidak menjaga sensitiviti masyarakat beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Husin ketika dihubungi mengesahkan rampasan dibuat dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan lanjut.

Penggunaan kertas keras mengandungi kalimah syahadah itu turut menjadi tural di laman sosial sejak malam tadi.

Insiden itu dikritik netizen yang menganggap ia cubaan memperlekeh dan tidak menjaga sensitiviti agama Islam dan mahu pihak berwajib membuat tindakan segera.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments