Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemimpin gereja mesti berkecuali atau rakyat berpecah, kata bishop

 | September 21, 2017

Bishop Cornelius Piong berkata penganut Kristian berhak memilih dan mengundi mana-mana parti, bebas daripada pengaruh pemimpin gereja.

Cornelius-Piong-catholic-church-keningau-1

KOTA KINABALU: Gereja Katolik sentiasa berkecuali dalam politik tetapi itu tidak bermakna pimpinannya tidak boleh bercakap mengenai perkembangan semasa, kata seorang bishop.

Bishop kawasan Keningau Cornelius Piong memberitahu FMT paderi berperanan sebagai pemimpin untuk menyatukan penganut bawah jagaan mereka.

“Sebab itu, pada pandangan saya, seorang paderi tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti politik.

“Jika paderi menyokong sesebuah parti, bagaimana pula dengan penganut jagaannya yang tidak menyokong mana-mana parti?”

Beliau mengulas kenyataan penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa pemimpin Kristian di negara ini menyokong Pakatan Harapan.

Cornelius berkata walaupun seorang paderi bebas bercakap mengenai politik, pada penghujung keputusan mengenai undi terletak pada diri masing-masing.

Dalam masa yang sama, Cornelius berkata geraja sentiasa menyokong mana-mana gerakan, terutamanya NGO yang berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira agama, kaum atau kecenderungan politik.

Sebagai contoh, beliau menamakan gerakan Bersih, yang mendakwa tidak berunsur politik dan sepatutnya bergerak untuk kebaikan masyarakat dan negara.

“Saya rasa kebanyakan NGO tidak berpihak. Atas sebab itu, gereja akan menyokong mereka,” katanya.

Tahun lepas, jawatankuasa pemandu Bersih Sabah membuat kunjungan hormat ke Archbishop Kota Kinabalu John Wong, meminta didoakan dan kehadirannya di himpunan Bersih.

Selepas itu, beberapa paderi Katolik hadir dii tunjuk perasaan Bersih 5 bagi menunjukkan sokongan kepada perjuangan itu.

Pada Rabu, Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah Melter Jiki Tais berkata pihak gereja, selaku badan agama, bersifat berkecuali dalam politik.

Beliau juga mahu meyakinkan Ketua Menteri Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan kerajaan Sabah bahawa pihak gereja tidak anti-kerajaan atau pro-pembangkang.

Bagaimanapun Kamarul hari ini mendakwa kenyataan Melter tidak betul sepenuhnya kerana ada bukti gereja menyatakan sokongan kepada parti pembangkang dalam 2 pilihan raya lepas.

Kamarul percaya sokongan gereja terhadap Pakatan Harapan akan lebih kuat apabila PAS keluar daripada gabungan pembangkang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments