Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wanita tak patut memandu kerana otak hanya suku, kata ulama Saudi

 | September 22, 2017

Sheikh Saad Al Hajari berkata wanita tidak layak memandu kerana otak mereka tidak seperti lelaki.

female-driver

PETALING JAYA: Seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Saad Al Hajari berkata wanita tidak boleh dibenarkan memandu kerana “kekuatan otaknya hanya suku” berbanding lelaki.

“Wanita tidak sama dengan lelaki dari segi kekuatan otak dan begitulah bagaimana wanita diciptakan,” katanya memetik laporan Stepfeed, sebuah portal berbahasa Inggeris yang melaporkan perkembangan di dunia Arab.

Ketua fatwa agama Wilayah Assir itu dilaporkan membuat kenyataan itu dalam suatu ceramah, yang tular sejak Rabu.

Menurut laporan itu, Saad menjelaskan kekuatan otak wanita hanya separuh daripada otak lelaki, dan apabila wanita itu pergi membeli-belah kekuatan otak mereka menjadi suku.

Oleh kerana kekuatan otak wanita tidak menyamai kekuatan otak lelaki, Saad berkata pihak berkuasa Arab Saudi tidak patut membenarkan mereka memandu.

“Jika seorang lelaki hanya mempunyai separuh kekuatan otak, adakah pihak berkuasa akan memberikan lesen kepadanya? Tidak.”

Kenyataan Saad itu muncul di saat rakyat Arab Saudi hangat memperkatakan mengenai hak wanita di negara itu.

Mei lalu, Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan dekri melonggarkan peraturan dan peluang pekerjaan untuk wanita.

Dekri itu mencetuskan perdebatan mengenai peraturan melarang wanita memandu kereta yang dilaksanakan selama ini.

Di Arab Saudi, tiada undang-undang rasmi melarang wanita memandu, bagaimanapun kerajaan belum mengeluarkan lesen memandu kepada wanita.

Kenyataan Saad mencetuskan kemarahan warga Arab Saudi di Twitter.

Seorang pengguna menulis: “Masalah sebenar adalah ada beberapa ulama menerangkan dan menafsirkan agama sesuka hati mereka dan menggunakan agama kita sebagai alasan untuk melakukan perkara buruk.”

Manakala seorang lagi berkata: “Wanita kurang otak, kurang kerohanian…semua kata-kata mengarut anda tidak akan berjaya…wanita akan dibenarkan memandu tidak lama lagi.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments