Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

74 ditahan berpesta dadah di banglo

 | September 23, 2017

Mereka terdiri daripada 48 lelaki dan 26 perempuan berusia antara 16 dan 33 tahun dengan lapan lagi invidivu turut ditahan yang merupakan penganjur serta pembantu penganjur pesta itu.

pesta-dadah-banglo

JOHOR BAHRU: Seramai 74 individu yang berpesta dadah ditahan di sebuah banglo di sebuah pusat peranginan di sini tengah malam tadi.

Mereka terdiri daripada 48 lelaki dan 26 perempuan berusia antara 16 dan 33 tahun dengan lapan lagi invidivu turut ditahan yang merupakan penganjur serta pembantu penganjur pesta itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata parti tu diberi tema Pesta Proqtext Zeus.

“Pihak polis mendapati parti tersebut dicemari dengan muzik kuat dan penyediaan minuman keras. Daripada saringan awal, didapati seramai 18 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Pemeriksaan fizikal ke atas mereka turut menemukan 8 biji pil ekstasi,
12 biji pil Eramin 5 dan 1 paket serbuk dadah dipercayai jenis ketamin,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata jemputan ke pesta itu dibuat menerusi WeChat dengan bayaran RM20 dikenakan bagi peserta perempuan dan RM30 untuk peserta lelaki.

Pesta seperti itu pernah diadakan di Tanjung Sepat, Kota Tinggi dan mendapat sambutan mengalakkan daripada golongan remaja, katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments